26 August 2024

SENDAWA, MAKAN BERBUNYI - PANTANG BAGI CHE TA, PERLU ADA ADAB & PROT0KOL



"Saya 's0und' je terus, kalau dengar ada bunyi sendawa masa makan. Semuanya bermula pada rumah, kalau kelakuan di rumah pun tak jaga, agak-agak di luar macam mana?
"Apa yang orang tengok perwatakan seseorang di luar, dekat rumah macam tu lah perangainya."

Demikian ujar pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta, dimana dia berkata, dirinya cukup pantang jika ada orang sendawa ketika sedang makan di atas meja kerana menganggap perkara itu seperti biad@p.

Bukan itu sahaja, malah kata Cha Ta, dia juga sering memesan kepada ahli keluarganya adab di meja makan.

Ujar Che Ta lagi, suaminya yang juga pelakon, Zain Saidin pernah dit£gur olehnya untuk makan dengan tertib.

"Saya selalu pesan makan elok-elok dan saya sangat terperinci bab tu. Memang ada prot0kol. Kalau orang tu makan berbunyi, saya tak akan makan sekali.

"Zain pun saya suruh makan tutup mulut nanti berbunyi dan nampak tak beradab, sendawa pun kena perlahan-lahan," jelasnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: