26 August 2024
SITI NURHALIZA : "SEMOGA DIBERI KESEMPATAN MELIHAT ANAK-ANAK NAIK PELAMIN"
"Sambil tengok, sambil kepala fikir. Semoga diberi kesempatan melihat anak-anak naik pelamin. Semoga ditemukan jodoh yang baik, amin ya rabb."
Itulah tulis penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, dimana dia berharap diberi kesempatan untuk melihat anak-anaknya, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa naik pelamin suatu hari nanti.
Dalam pada itu, Isteri kepada Datuk K ini juga berharap agar anak-anaknya itu dipertemukan jodoh yang baik.
Klik untuk gambar besar
Difahamkan, Siti berkongsi perasaannya itu ketika menghadiri istiadat persandingan Diraja Pahang melibatkan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dengan pasangannya, FD Idzham FD Iskandar.
Untuk makluman, Siti mendirikan rumah tangga bersama Datuk K atau nama sebenarnya, Datuk Seri Khalid pada 21 Ogos 2006 dan hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment