02 August 2024

STES£N TV LOK£K NAK BAYAR - MAN RAJA LAWAK LUAH RASA KEC£WA



Pelawak dan pelakon Man Raja Lawak meluahkan rasa kec£wa apabila hasil kerjanya itu belum dijelaskan bayaran oleh pengurusan sebuah stes£n TV sejak setahun lalu.
Kata Man atau nama sebenarnya, Abdul Rahman Kassim, dia ditawarkan sebagai juri untuk satu program stes£n TV terb@bit memb@bitkan dua lokasi iaitu Kuala Lumpur dan Kuantan selama empat hari.

"Di Kuala Lumpur modalnya tak besar, tapi penatnya lain macam. Bayangkan kerja dua hari dari pagi membawa ke malam. Begitu juga di Kuantan kerja dua hari dari pagi sampai malam.

"Mereka pun tak bagi duit p£trol dan lain-lain kerana itu dah termasuk dalam bayaran saya. Saya dibayar RM1,000 sehari dan empat hari untuk dua lokasi jumlahnya RM4,000," jelasnya.

Menurut Man lagi, perkara semakin rum1t apabila dia berurusan dengan orang tengah yang tidak dapat memberi jawapan tepat terhadap mas@lah itu.

"Bila kita tanya, katanya dalam pr0ses. Biasanya bayaran paling lambat pun tiga bulan. Ini dari tiga bulan, menganjak ke enam bulan, lapan bulan dan sekarang dah setahun.

"Baru-baru ini saya ada jumpa dia. Katanya nak selesaikan hujung Julai tapi ini dah masuk 2 Ogos tak nampak pun. Saya dah beritahu dia awal-awal kalau dia tak buat apa-apa tind@kan sampai Ogos, saya pula yang akan bertind@k.

"Tak kisah pun kalau dia kata ada mas@lah semua tapi sekurang-kurangnya adalah sikit-sikit. Ini langsung tak bayar. Pergi Kuantan saya keluarkan kos RM1,000 bayar pembantu peribadi, makan minum, p£trol dan tol. Bukan dekat tempatnya," ujarnya.

Dalam pada itu, Man yang turut meluahkan perasaannya di Instagram, mendedahkan, banyak pr0gram-pr0gram yang dijayakan sebelum ini tidak dibayar tetapi dia memberi peluang kerana niat membantu.

"Saya pula jenis tak berkira bila buat kerja. Walaupun bayaran taklah besar mana pun, tapi dari duduk rumah tak buat apa, rasanya oklah kita bantu. Tak sangka pula kita kena 'lipat' macam ini.

"Tapi tak apalah, kalau dia tak ambil tind@kan sekurang-kurangnya saya h£bahkan, beritahu supaya apa-apa dia nak tawarkan atau sesiapa dapat tawaran dari stes£n ini agar lebih berhati-hati supaya jangan ramai terk£na," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: