02 August 2024

"SAYA LEBIH SUKA CARI CINTA BARU" - PUTERI SARAH TERIMA JIKA ADA JODOH, REDA KALAU SEBALIKNYA



"Kalau ada jodoh dengan lelaki yang tepat saya okey saja. Saya pun nak juga berteman memandangkan saya pun masih muda lagi. Kalau ada jodoh saya terima, kalau sebaliknya saya reda. Saya lebih suka cari cinta baru."
Itulah tutur pelakon Puteri Sarah Liyana, 39, mengenai pendiriannya untuk mencari cinta baru dan tidak berminat untuk menjalin cinta semula dengan individu yang pernah bertakhta di hatinya.

Jelas Puteri Sarah, selepas setahun melalui episod perceraian dengan bekas suaminya yang juga pengarah terkenal, Syamsul Yusof, dia bagaimanapun belum menemui pilihan hati.

Dalam pada itu, Puteri Sarah mengakui dia tidak s£rik untuk mencari cinta baru, selain meluahkan rasa syukur serta berasa beruntung kerana hubungan dengan mentua berjalan dengan baik.

"Alhamdulillah saya baik-baik saja. Hubungan saya dengan keluarga mentua pun masih utuh. Lagipun, saya ada terb@bit dengan penggambaran drama terbitan bapa mentua, Datuk Yusof Haslam, jadi kami sering berjumpa di lokasi penggambaran," katanya.

Untuk makluman, Puteri Sarah bercerai talak satu dengan Syamsul di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Jun tahun lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: