02 August 2024

BILA DIANA RAFAR IMBAU KEMBALI SUAMI LAFAZ CERAI SEBELUM RUJUK SEMULA : "HARI YANG ABANG (ZAMARUL) LAFAZ, SAYA JALAN TAK PIJAK BUMI"



"Hari yang abang (Zamarul) lafaz, saya jalan tak pijak bumi. Saya tak pernah kongsi benda ini. Masa dia lafaz je, barulah saya faham 'oh, ini ke yang Allah sebut tiang Arash bergegar. Memang dekat bumi ini bergegar ke.
"Saya rasa memang gegar dan tak boleh nak jalan, tak boleh pijak bumi... pegang dinding. Rasa seperti nak m@ti, s@kit ke. Dia steady, yela.. Kita perempuan em0si kan masa tu."

Demikian ujar pelakon Diana Rafar yang mengimbau kembali perceraiannya dengan suami, pelakon Zamarul Hisham dimana ia berlaku sekitar Januari 2015.

Menerusi temu bual bersama Hijabista, Diana berkata, dia tidak pernah berkongsikan perkara tersebut dan ketika suaminya melafazkan cerai, dia seolah suk@r untuk berjalan.

Jelas Diana lagi, dia terpaksa menjual perniagaan spa miliknya selepas mengal@mi 'anxi£ty' disebabkan perceraian.

"Lepas itu saya diuj1 s@kit, tak boleh bernafas, tak boleh jumpa orang, t@kut nak m@ti.. Lebih kurang macam anxi£ty la kan. Tutup spa, tutup terapi... tinggal pes@kit saya, jual spa semua," katanya.

Tambah Diana, ketika itu, dia merasakan Allah telah menarik nikmat hidup satu per satu apabila tiada pekerjaan dan duit.

"Laki pun tak ada, kita pun tak nak jumpa keluarga.. Dia tarik segala nikmat, masa tu saya belum berhijab lagi," tuturnya.

Untuk makluman, Diana dan Zamarul mendirikan rumah tangga pada tahun 2000 dan bercerai pada Januari 2015.

Bagaimanapun mereka rujuk semula pada 14 Februari kira-kira sebulan selepas bercerai.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: