"Insya-Allah dalam masa terdekat, masanya akan tiba. Persiapan semua sudah siap, tunggu hari saja. Boleh kira dengan tangan."
Itulah kata penyanyi dan pelakon Jeslina Hashim, 46, dimana dia bakal menamatkan zaman janda dengan lelaki pilihannya, Tunku Eddy Nasruan Adil, yang merupakan kerabat Negeri Sembilan.
Difahamkan, majlis perkahwinan Jeslina itu akan diadakan di sebuah lokasi eksklusif di ibu negara dan ianya akan berlangsung dan tempoh beberapa hari lagi.
Selain itu, Jeslina memberitahu, majlis akan diadakan secara tertutup yang akan dihadiri ahli keluarga dan tarikh yang dipilih tidak mempunyai sebarang simb0lik istimewa.
"Majlis akan diadakan di Kuala Lumpur. Tiada apa-apa simb0lik mengenai tarikh itu, tetapi hari itu merupakan hari yang terbaik untuk tetamu hadir.
"Majlis itu akan diadakan secara tertutup dan hanya akan dihadiri oleh ahli keluarga sahaja," tuturnya.
Dalam pada itu, Jeslina mengakui bakal suaminya itu merupakan yang lelaki yang baik dan disenangi orang sekeliling, malah anak-anaknya turut menyayanginya.
"Dia sangat baik dan saya sangat mencintai dia. Semua orang yang jumpa akan sayang pada dia. Anak-anak saya juga sangat sayang dengan dia," ujarnya.
Untuk makluman, Jeslina pernah mendirikan rumah tangga dengan Dion Andrew Vercoe pada 21 April 2005, namun bercerai pada Mac 2013. Hasil perkahwinan itu, Jeslina dikurniakan dua cahaya mata iaitu Micah, 15, dan Keira, 13.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment