"Keadaan kesihatan saya semakin okay. Percakapan tak ada mas@lah, cuma kaki dan tangan kanan saja yang masih lagi belum dapat pulih sepenuhnya. Jadi, nak menyuap makanan agak perlahan sebab tangan kanan.
"Ketika kejadian berlaku, saya sedang bersarapan dengan isteri di kedai makan. Waktu itu, rasa seperti ada renj@tan el£ktrik di badan. Jadi, isteri membawa saya ke klinik berhampiran.
"Selepas doktor membuat pemeriksaan, doktor beritahu bahawa saya dis£rang angin ahmar ringan dan klinik kemudiannya menghubungi ambulan dan saya dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).
"Saya di HKL selama satu hari saja," jelas pelawak veteran, Sathia, 60, yang memaklumkan, keadaan kesihatannya kini semakin pulih selepas dis£rang angin ahmar ringan (mild str0ke) pada 16 Julai lalu.
Dalam pada itu, Sathia meluahkan rasa syukur kerana s£rangan itu tidak terlalu ketara dan tidak mengg@nggu wajah serta pertuturannya.
Tinggal bersama isteri dan ibu, Sathia turut berkongsi rutin hariannya dimana dia menjalaninya seawal jam 6 pagi bagi melatih pergerakannya agar lebih cepat pulih.
"Sekarang, rutin saya setiap pagi adalah keluar untuk berjalan di kawasan sekitar rumah seawal jam 6 pagi.
"Kemudian, dalam seminggu, tiga hari saya akan jalani rawatan akupunktur dan tiga hari saya akan lakukan urutan. Ada doktor yang datang ke rumah untuk jalankan pr0ses mengurut," katanya.
Sementara itu, ditanya mengenai kerja-kerja lakonan dan persembahan pula, Sathia memberitahu, dia masih lagi mampu bekerja walaupun ada beberapa kek@ngan.
"Pada 8 Ogos ini, saya ada penggambaran dan pada 31 Ogos, ada pr0gram bersempena sambutan Hari Kemerdekaan. Saya masih boleh bekerja, cuma, mas@lah sekarang adalah untuk menghafal skrip dan dialog," tuturnya.
Turut hadir menziarahi Sathia di kediamannya di Wangsa Maju adalah Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez, Timbalan Presiden Karyawan, Radhi Khalid dan Ahli Jawatankuasa Karyawan, Rozita Rohaizad.
Freddie turut menyerahkan sumbangan dan mengumumkan perlantikan Sathia sebagai Ahli Kehormat Karyawan Seumur Hidup.
"Kriterianya adalah, individu itu perlulah sahih dalam industri dan dikenali. Jadi, Sathia amat sesuai diberikan penghargaan ini," ujarnya.
Sathia popular menerusi sitkom popular yang pernah ditayangkan di TV3, 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu' di samping pernah berlakon dalam pelbagai drama berbahasa Melayu dan Tamil di Malaysia.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment