01 August 2024

"BUKAN NORMAH DAMANHURI SAHAJA, SAYA RASA ADA RAMAI LAGI IBU DI LUAR SANA YANG NAK JADIKAN SAYA MENANTU" - TYZO



"Saya terk£jut dengan pendedahan Lydia kepada pihak media. Saya memang tahu tentang perasaannya terhadap saya. Kami pernah bercakap tentang perkara ini.
"Cuma saya tak sangka dia akan bercakap kepada media. Mungkin sebab benda dah berlalu. Kalau tidak mesti dia tak akan bercerita. Dia pun dah tak suka saya sekarang."

Ujar penyampai radio, Tyzo Xander yang mengakui terk£jut dengan tind@kan usahawan Lydia Rosli, dimana dia meluahkan perasaan cinta dan mahu berkahwin dengannya secara terbuka kepada media.

Kata Tyzo, dia mengetahui perasaan Lydia terhadap dirinya dan perkara itu sudah pun berlalu, selain enggan mengulas mengenai perasannya terhadap adik kepada usahawan sens@si, Kak KM itu kerana dia seorang yang menjaga priv@si dan tidak hal peribadi kepada orang ramai.

"Biarlah saya simpan perasaan itu seorang diri. Saya tidak mahu kata ya ataupun tidak. Sejak dulu lagi saya merupakan seorang yang menjaga priv@si. Saya tidak berkongsi tentang soal peribadi kepada umum.

"Tetapi apa yang boleh katakan, saya mempunyai seorang teman yang baik. Lydia seorang yang sangat baik dan saya banyak belajar ilmu perniagaan dengannya.

"Keluarga saya juga kenal rapat dengannya. Begitu juga dengan saya yang baik dengan keluarga dan anak-anak Lydia," katanya.

Dalam pada itu, ditanya pula tentang ibu Lydia yang juga pelakon veteran, Normah Damanhuri yang merestui hubungan mereka dan mahu menjadikannya menantu, Tyzo berkata, ramai lagi ibu di luar sana menyatakan hasrat serupa.

"Bukan Normah Damanhuri sahaja, saya rasa ada ramai lagi ibu di luar sana yang nak jadikan saya menantu," selor0hnya.

Sebelum ini, Lydia meluahkan rasa cinta dan mahu berkahwin dengan Tyzo, namun hasratnya itu tidak kesampaian dan menyatakan penyampai radio itu seperti belum bersedia untuk membawa hubungan mereka ke gerbang perkahwinan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: