01 August 2024

"KAMI TAK PERNAH KEKOK PUN... KALAU SUNYI SAYA BOLEH TELEFON BEKAS ISTERI" - HARITH ISKANDER AKUI ORANG LAIN PULA BERASA P£LIK LIHAT DIA & BEKAS ISTERI MASIH BERBAIK



Demi anak-anak, pelawak dan pelakon Harith Iskander, 58, menjelaskan, dia tetap menjaga hubungan baik dengan bekas isterinya, Dr Jazemine Lim, 41, meskipun mereka sudah bercerai pada 25 Julai lalu.
Kata Harith, dia dan bekas isterinya itu tidak pernah kekok untuk bekerjasama, mahupun keluar dan kelihatan bersama, sebaliknya ujarnya, orang luar saja yang p£lik melihat mereka masih menjalin hubungan baik.

"Kami masih pergi bercuti bersama. Kami tak pernah kekok pun untuk bekerjasama. Kalau sunyi saya boleh telefon bekas isteri.

"Cuma orang lain saja yang rasa janggal bila melihat kami masih berbaik walaupun sudah bercerai.

"Kehidupan kami selepas bercerai masih lagi sama, cuma kami perlu mengambil langkah baru dan cuba belajar berjalan sekali lagi.

"Itu bukan perkara baru kerana saya juga pernah melalui pengalaman tidak mempunyai pasangan sebelum berkahwin," tuturnya.

Harith yang ditemui pada pros1ding tuntutan hadanah dan harta sepencarian di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam, memaklumkan, anak-anak mereka juga memahami situasi yang berlaku dan tahu ia isu biasa orang dewasa.

"Penerimaan anak-anak sama saja kerana mereka sudah melihat berita perceraian itu di media sosial. Lagipun sejak awal lagi sudah jelaskan pada mereka kenapa kami perlu ke mahkamah dan juga ada liputan media.

"Sebelum ini pun mereka sudah terdedah dengan situasi ada peminat datang untuk bergambar bersama ketika kami pergi bercuti. Mereka faham ini adalah dunia ayah dan ibu mereka. Tapi kalau di rumah kami biasa saja," katanya.

Pada 25 Julai lalu, Harith dan Jezamine bercerai talak satu di hadapan Hakim Syarie, Siti Noraini Mohd Ali, di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini,

Untuk makluman, Harith dan Jezamine mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010 dan dikurniakan tiga anak iaitu Zander Xayne, 14; Alessandra Jayne, 11; dan Zydane Zayne, yang berusia sembilan tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: