17 August 2024
SUDAH ADA KEKASIH - AISHA RETNO ENGGAN DEDAH IDENTITI LELAKI ITU
"Saya sudah berpunya atau tidak, asalkan individu itu boleh terima dengan keadaan jadual saya yang padat.
"Dan dia dah terima, begitulah. Kalau kita menikmati kehidupan itu dan tidak tertekan, saya percaya benda itu akan membuahkan hasil."
Itulah kata penyanyi Aisha Retno, dimana dia mendedahkan sudah mempunyai teman istimewa yang memahami kerjaya seninya yang sibuk.
Aisha yang berkongsi perkara itu menerusi sesi temu bual podcast Buka Mulut di Instagram MyAudioPlus itu bagaimanapun enggan mendedahkan identiti lelaki itu serta menyerahkan soal jodoh itu kepada takdir.
Dalam masa sama, Aisha turut meluahkan rasa syukur apabila kehadirannya dalam bidang seni ini terus berkembang hasil sokongan dan doa keluarga.
"Nak sampai ke titik ini saya rasa saya tak akan berjaya tanpa sokongan ibu bapa saya dan rakan-rakan. Ia bukan jalan yang mudah, tanpa sokongan mereka selain usaha serta minat. Saya tak rasa saya mampu ada di sini," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment