17 August 2024

SYAFIQ KYLE DAH TAKLUK HATI - MIMI LANA KATA SYAFIQ SENTIASA ADA DALAM HIDUPNYA : "SAYA SERAHKAN URUSAN HATI SAYA PADA ALLAH"



Pelakon Syafiq Kyle baru-baru ini dilihat seolah memberi bayangan bahawa hubungan cintanya dengan pelakon Mimi Lana kembali berputik, selepas berdepan episod tidak jadi nikah tahun lalu.
Menerusi temu bual bersama stesen radio, penyampai radio Azad Jasmin telah bertanyakan kepada Syafiq bila pelakon itu mahu menakluk hati Mimi Lana.

"Takluk Lahad Datu, bila nak takluk hati Mimi Lana?" soal Azad.

Syafiq bagaimanapun dilihat tidak berselindung apabila berkata dia sudah menakluk hati Mimi dan hanya menunggu keizinan dimana ia dipercayai dalam meneruskan hubungan mereka.

"Fuh, tertakluk kepada terma dan syarat. Saya dah takluk hati Mimi, tunggu nak lock, masa yang sesuai nak diizinkan. Insya-Allah, amin," katanya.

Pendedahan Syafiq itu sekaligus mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut teruja serta mendoakan agar hubungan mereka kembali terjalin.

Sementara itu, berhubung status hubungan dengan Syafiq yang dikatakan sudah kembali berpaut selepas pelakon itu mengakui sudah menakluk hatinya, Mimi bagaimanapun enggan mengesahkan mengenai kenyataan itu, namun memberitahu, Syafiq sentiasa berada dalam hidupnya.

"Belum ada lamaran daripada dia. Kami selalu berusaha yang terbaik antara satu sama lain. Dia selalu ada dalam hidup saya. Tak ke mana pun. Kami masih rapat dan saya percaya semua orang pun tahu.

"Saya serahkan urusan hati saya pada Allah. Ke mana Allah nak bawa hati dan perjalanan hidup, saya terima saja," tutur Mimi yang kini sedang mengerjakan umrah dan sedang fokus dengan ibadahnya serta sentiasa mendoakan yang terbaik buat semua.

"Sekarang ini saya lebih nak fokus kepada diri dan ibadah saya di sini. Saya yakin Syafiq akan takluk hati semua orang dengan filem baru dia, bukan hati saya seorang saja.

"Saya sentiasa menyokong dia dan sentiasa mahukan yang terbaik untuknya, Insya-Allah," katanya yang sudah 11 hari berada di Tanah Suci.

Terdahulu, Syafiq dalam satu temubual di sebuah stesen radio mengakui sudah menakluk hati Mimi Lana dan kini hanya menanti masa yang sesuai untuk meneruskan hubungan mereka.

Terdahulu, peminat dik£jutkan apabila majlis pernikahan Syafiq dan Mimi yang sepatutnya berlangsung pada 18 Ogos tahun lalu dibatalkan dan perkara itu turut disahkan oleh pengurus Mimi.

Tidak memperincikan punca pembatalan perkahwinan itu, Syafiq dan Mimi bagaimanapun mengaku tetap berkawan baik dan boleh bekerjasama dalam satu drama atau filem.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: