23 August 2024
"TAK DINAFIKAN KAMI INI TEMPAT DIA MENGADU & BERCERITA..." - ACHONG KATA KAZAR SAISI SEDIH, REDA DENGAN UJ1AN IRA & SYAMSUL
Umum sedia maklum mengenai isu rumah tangga pengarah dan pelakon Syamsul Yusof dan Ira Kazar yang kini di ambang perceraian.
Berhubung itu, penyanyi dan pelakon Achong Sweetchild memberitahu, bapa kepada Ira iaitu pelakon veteran Kazar Saisi sedih dengan kontr0versi melanda rumah tangga anaknya itu.
Achong yang rapat dengan pelakon veteran itu memberitahu, Kazar bagaimanapun reda dengan uj1an Ira dan Syamsul yang kini di ambang perpisahan.
"Saya dan isteri boleh dikatakan rapat dengan Kazar, saya memanggilnya ayah dan keluarganya juga sudah kami anggap seperti keluarga sendiri. Malah, kami juga mengenali anak-anaknya daripada kecil.
"Kalau ditanya keadaan terkini Kazar, bagi saya macam itulah dia. Tak dinafikan kami ini tempat dia mengadu dan bercerita, tetapi kami hormati dia untuk tidak menceritakan hal peribadinya kepada orang ramai.
"Apa yang boleh saya katakan, tentu sebagai seorang ayah, dia runs1ng dan sedih dengan apa yang terjadi. Tetapi, dia ada katakan kepada kami bahawa dia reda dengan segalanya dan tak mahu ulas secara terbuka," katanya.
Selain itu, ujar Achong lagi, Kazar juga sudah berpesan kepadanya untuk tidak memberikan respons kepada kata-kata netizen agar ia tidak meng£ruhkan lagi keadaan.
"Macam saya katakan, kami dah macam keluarga. Jadi jika ada orang mengutvk kekuarganya, kami juga akan terasa. Tetapi ayah pesan, jangan respons, jangan layan kata-kata orang.
"Baginya, biarlah dia yang kena, keluarganya yang kena. Saya sendiri sedih tengok dia jika dia sedang bersedih. Ada ketika, dia mengadu kepada kami, saya yang mendengarnya pun bergenang air mata.
"Dia pesan saya jangan bersedih dengannya. Saya pun peluk dan dan pesan jangan banyak fikir," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment