19 August 2024
TAK MINAT JADI PENYANYI - ATHIRA YUHADA ENGGAN ULAS DAKWAAN BERBADAN DUA, MOHON ORANG RAMAI DOAKAN TERBAIK
"No komen. Pasal anak saya tidak mahu komen. Doakan yang baik-baik sahaja," itulah kata isteri kepada pelakon sens@si, Hafidz Roshdi iaitu Athira Yuhada.
Athira berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan kini berbadan dua, dimana dia enggan mengulas, sebaliknya berharap orang ramai mendoakan yang terbaik buat dia dan suami apabila ditanya mengenai dakwaan kini berbadan dua.
Sementara itu, Atihira yang mendapat Sijil Kemahiran Malaysia kategori Nyanyian itu berkongsikan, dia sudah terlib@t dalam nyanyian sejak berusia 10 tahun.
Malah, difahamkan sebelum ini, Athira pernah menyertai pasukan Koir Kebangsaan dan kini bergelar tenaga pengajar di Permata Seni Koir (program anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara) sejak lima tahun lalu.
"Tujuan saya mendapatkan sijil ini kerana ingin meningkatkan pengetahuan dan membantu pengajaran saya nanti.
"Saya mengajar dalam subjek Teori Muzik kanak-kanak berumur antara tujuh hingga 17 tahun. Saya mengajar tentang cara membaca nota dan bagaimana ingin menyanyi berdasarkan nota," jelasnya.
Dalam pada itu, ditanya pula sama ada mahu menc£burkan diri dalam bidang nyanyian, Athira memberitahu, dia tidak berminat untuk bergelar penyanyi, sebaliknya mahu menjadi tenaga pengajar.
"Tidak. Saya tidak berminat untuk jadi penyanyi. Saya anggap ini hanya hobi sahaja. Hafidz juga tidak mend£sak saya untuk jadi penyanyi atau apa. Dia hanya menyokong minat saya," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment