17 August 2024
TERINGIN NAK KAHWIN - IQRAM DINZLY MAHU ANAK JADI PENYAMBUNG LEGASINYA : "SAYA TIDAK SEMPURNA, JADI KENA CARI ORANG YANG BOLEH MEMBIMBING SAYA YANG NAKAL INI"
Selepas melihat rakan seperjuangannya dalam industri seni sudah berkeluarga, pelakon Iqram Dinzly, 43, mengaku teringin untuk menamatkan zaman bujang.
Dalam pada itu, Iqram atau nama sebenarnya Mohamad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, berharap dapat memiliki zuriat yang mampu menjadi penyambung legasi dirinya.
"Saya nak tengok zuriat saya, lagi-lagi bila saya tengok rakan-rakan selebriti seperti Rozita Che Wan, Awal Ashaari dan ramai lagi sudah ada anak.
"Bila saya tengok mereka mempunyai warisan dan legasi, saya juga nak lihat kesinambungan legasi saya sendiri," ujar Iqram.
Walaupun sudah berusia 43 tahun, Iqram berkata, dia masih tidak mencari pasangan hidup kerana mahu membahagiakan ibu tercinta.
"Saya cakap terus terang, dalam hati saya buat masa ini hanya mama (ibu) saja yang ada dalam fikirkan.
"Selama ini saya rasa tak mampu nak bahagiakan dia. Jadi bagi ruang kepada saya untuk fikirkan kebahagiaan mama dulu, baru fikirkan berkenaan isteri dan anak-anak," tuturnya.
Disamping itu, ditanya mengenai ciri-ciri wanita idamannya, Iqram memberitahu, dia tidak mencari kesempurnaan, sebaliknya mampu mengingatkan dirinya menjadi insan yang lebih baik.
"Saya tidak sempurna, jadi kena cari orang yang boleh membimbing saya yang nakal ini. Tapi kalau nak dibandingkan dengan diri saya yang dulu, itu lagi t£ruk.
"Untuk mencari, saya hanya serahkan kepada Allah sebab saya bukan baik mana pun, cuma saya nak seseorang yang boleh sama-sama belajar ilmu Islam," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment