02 August 2024
"TYZO SEORANG YANG BAIK, SAYA TAK PERNAH JUMPA LELAKI YANG TAK BOLEH PEGANG-PEGANG... DIA KATA NAK PEGANG TUNGGU HALAL" - LYDIA ROSLI
"Apa yang saya cakap masa temu bual itu sebenarnya perasaan pada tahun lepas. Sekarang ini kami kawan sahaja. Dulu saya panggil dia sayang, ucap selamat pagi sayang.
"Sekarang kami sebagai kawan. Saya tak harap apa-apa dekat dia. Nak kata patah hati, patah hati juga la. Saya sejenis yang tak mahu tunggu. Kalau dia tak masuk meminang tak ada la."
Jelas usahawan Lydia Rosli yang memberitahu, luahan ketika temu bual sebelum ini adalah perasaannya pada tahun lalu dan kini dia dan penyampai radio, Tyzo Xander hanya berkawan sahaja.
Selain itu, anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri itu berkata, dia juga sudah tidak mengharapkan hubungan yang lebih s£rius dengan penyampai radio itu.
Dalam pada itu, Lydia turut berkongsikan ciri istimewa yang ada pada Tyzo sehingga dia jatuh hati, dimana katanya, penyampai radio itu seorang lelaki yang sangat baik dan pandai menjaga batas dalam perhubungan.
"Tyzo seorang yang baik. Saya tak pernah jumpa lelaki yang tak boleh pegang-pegang. Tak pernah jumpa lelaki yang macam dia. Dia kata nak pegang tunggu halal. Pegang tangan ye jangan sal@h faham. Dia tak biasa macam itu semua.
"Dia siap pesan dekat saya, kalau buat macam itu ramai yang akan pergi. Mungkin dia rasa tak selesa dan segan. Kalau saya pegang tangan dia semasa keluar, balik rumah dia akan tegur," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment