10 August 2024

UMUM DAH BERCERAI - ERYNNE ERYNNA REDA PERKAHWINAN HANYA BERTAHAN 5 TAHUN



Menerusi perkongsian di Instagram, pelakon Erynne Erynna telah memaklumkan, rumah tangganya yang dibina bersama suami, Afify Sazali selama lima tahun itu sudah pun berakhir apabila mereka sah bercerai.
Dalam hantaran itu juga, pelakon berusia 27 tahun ini berkata, dia reda dengan takdir yang telah ditentukan apabila jodoh mereka tidak panjang.

Selain itu, Erynne turut mengakui, perceraian tersebut ada dug@an berat buat dirinya, namun bersyukur bekas suaminya itu seorang yang bertanggungjawab pada anak mereka.

Tambahnya lagi, dia dan bekas suaminya itu akan melakukan yang terbaik untuk membesarkan anak mereka, Medinah dengan baik.

Untuk makluman, Erynne dan Afify mendirikan rumah tangga pada April 2019 dan hasil perkahwinan itu, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata diberi nama Medinah yang kini berusia 4 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: