13 August 2024
VIDEO SUAMI LAFAZ CERAI DIKATAKAN LAMA - NORA ARIFFIN 'KUNCI MULUT'
Semua sedia maklum mengenai penyanyi, Datuk Nora Ariffin, 51, dimana dia berkongsi video suaminya iaitu Dr Rushdi Ramli melafazkan cerai talak satu terhadapnya yang dimuat naiknya di Instagram, semalam.
"Saya yang bernama Rushdi Ramli, dengan ini menceraikan dan mentalakkan isteri saya, Wan Norafiza Ariffin dengan talak satu kerana Allah," lafaz Rushdi dalam video itu.
Bagaimanapun, menerusi laporan Harian Metro, video lafaz cerai terb@bit dikatakan sudah lama apabila ia dipercayai dirakam beberapa tahun lalu.
Difahamkan, Nora yang berkahwin dengan Rushdi pada 2021 pernah bercerai tetapi merujuk semula dalam tempoh edah.
Tind@kan Nora memuat naik video itu di Instagram kira-kira jam 8 malam semalam telah menc£tuskan tanda tanya dalam kalangan netizen.
"Alhamdulillah. Selesai. Allah saja yang tahu," tulis Nora di hantaran itu dimana ruangan komen telah ditutup.
Sementara itu, cubaan pemberita menghubungi Nora bagi mendapatkan penjelasannya tidak berjaya apabila dia tidak membal@s mesej WhatsApp dan menjawab panggilan telefon.
Terdahulu, sp£kulasi mengatakan rumah tangga penyanyi itu dengan Pensyarah Kanan, Jabatan Figh & Usul, Universiti Malaya ini g0yah sudah bertebaran sejak tahun lalu, namun Nora menafikannya.
Kata penyanyi kelahiran Kelantan itu, dia masih bergelar isteri kepada Rushdi dan hubungan mereka masih dalam keadaan baik.
Untuk makluman, Nora mendirikan rumah tangga dengan Rushdi dalam satu majlis pada 2021.
Tidak menjelaskan secara terperinci butiran majlis perkahwinannya, Nora memaklumkan, bertemu jodoh dengan sahabat baik Allahyarham suaminya, Johan Nawawi.
Sebelum itu, Nora pernah mendirikan rumah tangga dengan Johan pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata. Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akib@t s£rangan jantung.
Pada 13 Disember 2019, Nora telah diuji sekali lagi dengan pemergian anak keduanya, Muhammad Syakir Aliff yang berusia 20 tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment