"Alhamdulillah syukur kepada Allah, dengan mengambil berkat bulan kelahiran Rasulullah, pada 21 Rabiul Awal 1446H bersamaan 26 September 2024, pada jam 11:29 pagi, bayi lelaki kami selamat dilahirkan.
"Baby dan saya dalam keadaan sihat. Terima kasih kepada yang mendoakan kami," tulis pelakon Ezzaty Abdullah, 34, dimana dia selamat melahirkan anak ketiganya pada pukul 11.29 pagi pada pagi Khamis.
Ezzaty yang berkongsi berita gembira itu menerusi satu hantaran di Instagram miliknya pada petang Khamis, berkata, dia dan suaminya yang juga pelakon, Azwan Kombos meluahkan rasa syukur menimang cahaya mata lelaki pada bulan kelahiran Rasulullah SAW.
Meninjau ke ruangan komen pula, rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan mendoakan urusan berpantang Ezzaty dipermudahkan.
Klik untuk gambar besar
Anak sulung pasangan ini diberi nama Harum Dalia yang kini berusia 7 tahun, manakala anak kedua mereka bernama Ahmet, berusia 2 tahun.
Ketika ini, nama anak ketiga Ezzaty dan Azwan masih belum lagi dikongsikan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment