09 September 2024

"ANAK SAYA SEKARANG ADA PAPA BARU" - JUE AZIZ DEDAH STATUS TERKINI, KEMBALI BERGELAR ISTERI 18 OGOS LALU



Pelakon Jue Aziz akhirnya tampil mendedahkan status terkininya yang sebelum ini menjadi tanda tanya, dimana dia memaklumkan, diirinya sudah kembali bergelar isteri pada 18 Ogos lalu.
Difahamkan, Jue bernikah dengan jejaka pilihan hati dikenali sebagai Ridwan dalam satu majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup.

Mengenai hubungannya dengan Ridwan, Jue berkata, dia dan suaminya itu sudah lama mengenli antara satu sama lain sebelum membuat keputusan untk mendirikan rumah tangga.

Klik untuk gambar besar
"Sejak bila kami kenal biarlah rahsia tapi apa boleh saya katakan kami sudah lama kenal dan bukan mudah mengambil keputusan berkahwin. Sepatutnya kami rancang nak bernikah hujung tahun ini tapi percepatkan permintaan ibu saya yang dah berusia.

"Apa yang penting adalah restu keluarga dan anak saya sekarang ada papa baru," tuturnya yang turut memuat naik video hari bahagianya di Instagram.
Dalam pada itu, ujar Jue lagi, Ridwan seorang lelaki yang sentiasa memberi sokongan terhadap kerjayanya, namun tidak mendedahkan lebih terperinci mengenai suaminya.

"Umur dia pun rahsia. Tapi dia lebih muda daripada saya. Suami seorang yang sentiasa memberi sokongan dan faham akan kerjaya saya," katanya.
Untuk makluman, Jue pernah mendirikan rumah tangga dengan pemuzik asal Indonesia, Bayu Praman pada 2014, sebelum bercerai pada 2019.

Pasangan itu tidak dikurniakan cahaya mata, namun mempunyai seorang anak angkat, Darwish Naufal.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: