19 September 2024
BIAYA PENGAJIAN - JAMAL ABDILLAH TAK HALANG ZAKI YAMANI NAK KELUAR DUIT SENDIRI
"Jika nak diikutkan, memang saya yang men@nggung pelajarannya sejak kecil lagi. Tapi sekarang, saya okay sahaja kalau dia sudah ada duit dan tak minta dengan saya untuk sambung belajar. Saya gembira bila dia sudah boleh cari rezeki dan t@nggung diri sendiri."
Demikian ujar penyanyi terkenal, Datuk Jamal Abdillah, dimana dia tidak menghalang anaknya, Zaki Yamani, 18, untuk mengeluarkan duit sendiri bagi menyambung pengajiannya ke mana-mana institusi pengajian tinggi (IPT).
Kata Jamal, dia juga tidak dimaklumkan anaknya mengenai tind@kannya itu. Bagaimanapun, tuturnya, sebagai bapa, dia memang sudah menyiapkan simpanan untuk semua anak-anaknya.
"Sebagai ayah, saya memang sudah siapkan simpanan tertentu untuk setiap anak dari segi pendidikan untuk menjamin masa depan mereka," jelasnya yang memahami keadaan dan situasi Zaki apabila anaknya itu tidak memberitahu mengenai tind@kannya itu.
"Masa mula dapat keputusan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) pun dia tak beritahu saya. Kalau dia di bawah jagaan saya 100 peratus, mesti dia beritahu setiap tindakannya itu tapi dia di bawah jagaan ibunya," ulas Jamal yang turut berkata, dia sentiasa menyokong minat Zaki termasuk untuk menyambung pengajian dalam bidang muzik.
"Banyak juga orang yang hubungi saya untuk jemput dia menyanyi dan buat persembahan. Saya juga tidak kisah jika pihak yang tidak cukup bajet untuk bayar 'harga' saya ambil Zaki untuk menyanyi. Dia anak saya mestilah saya bantu dia untuk dapat undangan persembahan," tuturnya.
Terdahulu, dalam laporan sebelum ini, Zaki mendedahkan dia sanggup berhabis sebanyak RM40,000 untuk menyambung pengajian di sebuah IPT swasta, selain memberitahu, dia juga tidak memberitahu bapanya mengenai perkara itu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment