03 September 2024

BILA FAZURA MUAT NAIK PETIKAN KATA-KATA : "SABAR ADALAH JAWAPAN... TIADA ORANG LAIN DAPAT MENGATASI PEMIKIRAN BERAT..."



Sejak akhir-akhir ini, rumah tangga pasangan pelakon Fattah Amin dan Nur Fazura menjadi persoalan yang sehingga kini masih belum ada kenyataan berhubung mengenainya.
Ini kerana, Fazura telah menc£tuskan tanda tanya apabila dia dilihat memuat naik posting mengucapkan selamat tinggal kepada bulan Ogos.

Lebih menarik perhatian, Fazura juga turut memuat naik beberapa keping gambarnya bersama anak perempuannya, Nur Fatima Aisya, namun tiada gambar suaminya.

Terbaru, Fazura dilihat ada memuat naik petikan kata-kata berkaitan sabar di Insta Story miliknya.

"Sabar adalah jawapan. Jadi, sentiasalah bersabar," kongsinya.

Klik untuk gambar besar
Selain itu, dalam perkongsian lain pula, Fazura juga ada memuat naik hantaran mengenai hanya diri sendiri saja yang mampu men£mpuh setiap dug@an yang mendatang.

"Kebenaran yang kurang selesa. Pada akhirnya, anda akan sedar bahawa tiada orang lain yang boleh menyelamatkan, memahami sedalam-dalamnya dan ada di sisi setiap masa.

"Tiada orang lain dapat mengatasi pemikiran berat melainkan anda sendiri. Semuanya hanya anda sendiri," katanya.

Turut menjadi perhatian dalam perkongsian tersebut, Fazura menyatakan cinta sejati hanyalah dengan Allah.

Sebelum ini, Fazura memuat naik klip video persembahan Adele menyanyikan lagu 'Love In The Dark' dan babak filem 'Crazy Rich Asians' memaparkan watak Astrid Leong membuat keputusan untuk berpisah dengan suaminya, sekaligus menimbulkan tanda tanya netizen.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: