03 September 2024
"KALAU ADA JODOH..." - ELLIE SURIATY AKUI KINI MENYULAM CINTA DENGAN LELAKI BUJANG 10 TAHUN LEBIH MUDA
"Ada ramai yang ingin berkenalan dengan saya, tetapi mereka itu semua hanya kawan biasa, melainkan dia, kerana dia istimewa pada saya. Sekarang kami sedang saling mengenali. Sejujurnya jika ada jodoh saya bersedia untuk bergelar isteri semula, tetapi perkara sebegitu lebih baik serahkan kepada Tuhan yang menentukan.
"Siapa orangnya itu biarlah rahsia. Kami saling mengenali sudah lebih setahun dan dia juga orang dalam industri hiburan. Saya kalau boleh tidak mahu bercerita lebih-lebih sebab nanti kalau tidak jadi, m@lu. Tetapi kalau ada jodoh saya okey saja.
"Usia dia lebih muda daripada saya dan dia juga bujang. Bagi saya, apabila dia boleh menerima anak-anak, itu sudah memadai. Saya juga kena pastikan keluarga dia boleh terima saya dengan anak-anak atau tidak.
"Pengalaman berkahwin sebelum ini membuatkan saya faham tentang hubungan dengan sanak saudara," demikian jelas pelakon dan pengarah Ellie Suriaty yang mengakui, dia kini sedang bahagia menyulam hubungan cinta dengan lelaki berusia lebih 10 tahun muda daripadanya.
Klik untuk gambar besar
Ellie yang memilih untuk merahsiakan identiti kekasihnya yang lebih tertarik dengan wanita berusia dan matang itu berasa terharu apabila masih ramai lelaki mahu mendekati dirinya meskipun usianya sudah separuh abad, namun akuinya, pada usia 53 tahun, dia m@lu untuk naik pelamin lagi.
"Saya ada bertanyakan kepada dia kenapa suka dengan saya, tetapi jawabnya kerana senang bercinta dengan wanita matang. Tetapi pada saya ini bukan satu perkara mudah.
"Orang akan mempers0al mengapa bercinta dengan orang tua. Saya sendiri berasa suk@r kerana umur saya 53, bukan 35. Saya bukan tidak mempercayai dia, tetapi saya kurang percaya dengan diri sendiri, adakah mampu untuk menjalani semua ini," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment