01 September 2024
DEDAH BUAT PEMB£DAHAN HIDUNG DI VIETNAM - ZARINA ANJOULIE AKUI TAK BERNIAT BUKA A1B SENDIRI ATAU TIDAK MENGHORMATI SESIAPA
"Hidung saya dah tak ada b£njol dekat depan, doktor dah ratakan bahagian itu dan sekarang kalau saya nak buat photoshoot atau bergambar lagi cantik dari sisi tepi."
Itulah ujar pelakon Zarina Anjoulie menerusi sebuah video yang memaparkan dia baru menjalani pros£dur pemb£dahan plastik di Vienam.
Menurut Zarina atau lebih mesra disapa dengan panggilan Anju, dia melakukan pemb£dahan tersebut di sebuah klinik di Vietnam dan dia kini memerlukan rehat yang cukup.
"Alhamdulillah, hidung saya dah okay dari Vietnam. Pr0ses pemb£dahan berjalan dengan lancar. Jadi sekarang saya sangat penat dan perlu rehat secukupnya," katanya.
Sementara itu, Anju menjelaskan, perkongsiannya mengenai dia menjalani pemb£dahan kosm£tik untuk mengubah bentuk hidungnya itu bukanlah untuk membuka a1b sendiri.
Dalam pada itu, Anju berkata, itu adalah tanggungjawabnya sebagai pemp£ngaruh yang ditaja dan dibayar oleh klinik kecantikan itu.
"Dan sekarang, tiba-tiba semua orang kata hidung Anju dulu lagi cantik sedangkan setiap kali saya buat siaran langsung, separuh daripada kamu cakap hidung Anju seng£tlah, b£ngkaklah.
"Tapi sekarang tiba-tiba semua orang komen kata hidung dulu lawa. Tak mengapa, apa yang dah berlaku, biarlah berlaku.
"Saya nak jelaskan, setiap kali saya muat naik, ia bukan untuk membuka a1b sendiri atau tidak menghormati sesiapa.
"Ia adalah sepenuhnya ditaja oleh doktor, malah dia juga bayar saya untuk datang dan memberi tok£n," tulis Anju yang turut memberitahu, ini adalah sumber rezekinya demi kelangsungan hidup bersama anaknya dan memohon maaf sekiranya ada pihak yang s@kit hati.
Klik untuk gambar besar
"Harap faham, ini adalah sumber rezeki saya. Walaupun tidak banyak, duit ini juga saya un untuk bayar yuran sekolah anak, beli barang dapur, dan bayar yuran mengaji dia.
"Bukannya untuk beli beg baharu ke, BMW ke, atau nak tunjuk kat Instagram. Saya bukan bangga atau ri@k nak muat naik. Ini adalah kerja saya.
"Saya minta maaf jika hantaran saya meny@kitkan hati anda. Tetapi, tolonglah faham, saya hanya menjalankan tugas saya," jelasnya yang juga mengucapkan terima kasih atas t£guran orang ramai kerana itu menunjukkan sikap mereka yang p£duli terhadapnya.
"Namun begitu, saya tetap bersyukur kerana ramai yang men£gur dan menunjukkan kamu semua masih p£duli. Alhamdulillah, saya sangat berterima kasih.
"Tetapi sekali lagi, saya berada di sini kerana ia ditaja dan saya dibayar. Tidak banyak, tetapi cukup untuk sesuap nasi dan yuran sekolah anak. Saya sayang kamu semua dan terima kasih banyak-banyak kerana sudi men£gur saya," tuturnya.
Disamping itu, ulas Anju lagi, dia melihat setiap t£guran dari sudut p0sitif dan berdoa agar ada t£guran itu yang berjaya membuka hatinya untuk menjadi seorang Muslim yang lebih baik.
"Anju ambil perkara ini dari sudut yang p0sitif sahaja. Mana tahu, suatu hari nanti, saya memilih jalan dan cara hidup yang berbeza untuk menjadi seorang Muslim yang lebih baik kerana semua kamu.
"Tetapi, Insya-Allah, mana tahu dengan doa kamu semua, saya akan berubah di masa hadapan. Amin," ujar Anju dimana dia turut berkata, sekiranya ada yang ingin menawarkannya kerja, dia terbuka hati untuk bekerja demi mencari rezeki.
"Sebagai ibu tunggal, mencari rezeki untuk anak-anak, beginilah keadaannya, kamu perlu faham, kerja saya terhad, ulasan pr0duk saya pun tidak banyak dan murah-murah sahaja.
"Apa yang saya boleh buat demi men@nggung anak-anak, saya buat. Tetapi mungkin ada yang mahu ambil saya bekerja sebagai PA ke, tukang masak ke, saya ok sahaja. Apapun, terima kasih atas sokongan kamu semua," katanya.
9 ________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment