10 September 2024

DIANUGERAHKAN IJAZAH KEHORMAT DOKTOR PERSIL4TAN - EBBY YUS AKUI PADA MULANYA TOLAK, RASA TAK LAYAK



Pada Ahad lalu, pelawak dan pelakon Ebby Yus telah menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Persil@tan dalam satu majlis yang berlangsung di Dewan Tun Fatimah, Hotel Riverside Melaka.
Ebby secara rasmi menerima gelaran Ijazah Kehormat Persil@tan Sedunia iaitu Ijazah Doktor Persil@tan (Hon0rary Doct0rate of M@rtial Art) daripada Akademi Persil@tan Sedunia (APS) yang disampaikan oleh Presiden Akademi Persil@tan Sedunia Sdn Bhd, Profesor Dr Zainal Abidin Sakom.

Berhubung anugerah itu, Ebby berkata, pada awalnya dia menolak anugerah tersebut kerana merasakan ada yang lebih layak untuk mendapat anugerak berkenaan.

Ujar pelakon berusia 59 tahun itu lagi, dia merasakan ilmu persil@tannya tidak sampai ke tahap sehingga diberikan anugerah itu.

"Pihak mereka hantar surat dah dua minggu untuk pencalonan saya dalam Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Persil@tan tapi mulanya saya jawab secara baik menolak kerana rasa macam tak layak.

"Tapi rakan saya, Ustaz Dr Mohd Ashraf Suarin tanya saya kenapa tolak. Mereka sebenarnya hubungi dia untuk dapatkan saya. Namun saya tetap jawab tak layak terima. Banyak lagi orang lain yang sepatutnya terima.

"Ustaz bagi sebab kenapa saya terpilih. Dari situ saya hubungi semula wakil penganjur, Dr Meor dan tanya atas kap@siti apa saya terpilih. Dia jawab saya sudah disenarai pilih oleh majlis Senat Akademi Persilatan Sedunia Sdn Bhd pada mesyuarat Senat 12 Januari 2024.

"Saya dilihat paling sesuai dalam mengangkat silat dalam industri hiburan TV dan filem. Bila dengar, saya akui pernah jadi koreografer drama dan filem untuk sil@t.

"Saya sebenarnya tak tahu adanya Akademi terb@bit. Ini adalah kali kedua penganjuran anugerah dibuat. Saya buat kerja selama ini pun ikhlas sahaja tanpa mengharapkan apa-apa anugerah.

"Tapi apabila diberikan, saya terima. Kalau saya tolak nanti nampak macam somb0ng pula. Ini juga satu penghargaan atas kerja keras yang saya lakukan selama ini.

"Sampai sekarang pun saya masih angkat budaya sil@t Melayu dengan cara saya. Secara tidak langsung ia memberikan semangat untuk kita teruskan. Bukan sebab saya hebat atau apa," tuturnya.

Untuk info, Ebby mula berjin@k-jin@k dengan seni mempertah@nkan diri sejak di bangku sekolah rendah lagi dan menyertai Persatuan Seni Sil@t Gayung Malaysia.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: