25 September 2024

DIKEC4M GAG4L NYANYI LAGU 'PAWANA' - AMY SEARCH TETAP IKHLAS MEMAAFKAN



"Mereka bertanggungjawab atas apa yang mereka tulis dan komen. Saya ampun dan maafkan mereka dari hati yang paling dalam. Semoga Allah kurniakan yang terbaik buat mereka, malah lebih baik daripada aku."
Itulah ujar penyanyi Search, Datuk Amy, 66, dimana dia tetap ikhlas memaafkan semua netizen, walaupun menjadi m@ngsa kec@man di media sosial.

Amy baru-baru ini telah menerima kec@man menerusi video di Facebook yang kononnya dia gag@l menyanyikan lagu 'Pawana' dengan baik ketika Konsert Search Symphonic Live In Kuala Lumpur di Mega Star Arena, di sini, Sabtu lalu.

Jelas Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman, 66, dia tidak membaca semua komen itu dan menganggap komen neg@tif adalah perkara biasa.

Ini kerana kata Amy, sejak Search mula-mula membawakan muzik rock & roll lebih 40 tahun lalu, mereka sudah menerima banyak komen neg@tif berbanding p0sitif, namun mereka tetap teruskan pelayaran muzik itu dan percaya dengan diri sendiri.

Klik untuk gambar besar
"Impian besar datang dengan dug@an yang besar. Dan, konsert ini juga satu lagi impian. Saya berbesar hati dengan dug@an. Saya orang seni dan kerja saya menggembirakan hati orang.

"Bukan menyanyi saja, tetapi bergambar pun menggembirakan hati orang juga. Namun, saya tak boleh gembirakan semua orang dan itu kekurangan saya," ujarnya yang turut berkata, dia tidak tahu bila dia akan berhenti menyanyi kerana itu hanya Tuhan yang tahu.

"Buat masa ini saya hanya ingin mewarnai pelayaran seni seindah mungkin dan banyak-banyak bersyukur atas kurniaan-Nya," tuturnya.

Sebelum ini, konsert yang menggabungkan Search dengan orkestra yang dipimpin Datuk Mokhzani Ismail itu berjaya menarik lebih 3,000 penonton, dimana Search turut bekerjasama dengan penggubah muzik antarabangsa yang pernah bersama Beyonce iaitu Rie Tsuji.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: