07 September 2024

DUA JARI KAKI KENA POT0NG - YAZID SEJATI MASIH IKHTIAR BERUSAHA UNTUK SELAMATKAN BAKI JARI KAKI



"Saya dimasukkan ke hospital pada 20 Ogos lalu dan dirawat selama empat hari. Di situ mereka buat pr0ses mencuci dan merawat luk@ dan cuci sebelum memot0ng jari.
"Jari ketiga dan keempat saya dipot0ng. Isnin ini, mereka akan pot0ng jari lain pula. Waktu di wad, saya berbual dengan beberapa pes@kit sama dan mereka beritahu ada doktor yang boleh selamatkan jari kaki.

"Itu yang saya cuba ikhtiar sebelum pr0ses ini berlaku," itulah ujar penyanyi kumpulan Sejati, Yazid Alias, 58, yang memaklumkan, dia masih berusaha untuk menyelamatkan baki jari kakinya dari dipot0ng akib@t k£ncing manis.

Difahamkan, dua jari kaki kiri Yazid terpaksa dipot0ng di Hospital Slim River, Perak, baru-baru ini.

Menurut penyanyi lagu 'Bila Bunga Dipetik Orang' yang popular pada era 1990-an ini, klinik pakar ini berada di bandar Slim River dan dia berhasrat bertemu doktor terb@bit hari ini.

Semalam, Presiden 3PMuzik Malaysia, Aris Ariwatan memohon peminat dan mana-mana pihak untuk menghulurkan sumbangan kepada Yazid untuk rawatan peny@kitnya.

"Dengan segala kerendahan hati. Mari kita ringankan b£ban Yazid Sejati dengan menyumbang bantuan kewangan untuk keperluan ubatan , pemb£dahan dan lain-lain.

"Sasaran dana yang diperlukan RM2,000 (tambahan dari dana yang Yazid ada). Sumbangan boleh dibuat ke akaun Maybank 158154334481 (Yazid Bin Alias)," tulisnya.

Dalam pada itu, Yazid yang juga pernah tular sebelum ini sebagai peng@ngkut samp@h di sekitar Slim River, meluahkan rasa syukur apabila rakan-rakan penggiat seni banyak membantunya selama ini.

"Wang ini sebenarnya hanya untuk k0s rawatan peny@kit saya. Setakat makan tiada mas@lah kerana saya masih mampu lagi dengan bantuan saudara mara. Rezeki tetap ada Allah berikan.

"Selain itu, tiga anak saya yang bersekolah dapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM150 seorang setiap bulan. Dua lagi anak saya belajar kemahiran dan kolej.

"Saya juga bersyukur dapat bantuan dari Baitumal sebanyak RM400 sebulan," kata Yazid yang juga mempunyai mas@lah kol£sterol tinggi, dar@h tinggi dan g@ngguan buah pinggang, selain mend£rita k£ncing manis.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: