27 September 2024

"FAZURA BERSEDIH & HAMPIR SETIAP MALAM DIA MENANGIS" - PENGURUS



Pengurus kepada Nur Fazura iaitu Iman Tang memberitahu pelakon itu sangat terkesan dengan apa yang berlaku dalam rumah tangganya bersama pelakon Fattah Amin dan sering menangis ketika meluahkan isi hati padanya.
"Fazura bersedih dan hampir setiap malam dia menangis. Kadang-kala, kami berborak hingga lewat malam dan saya juga menjadi saksi dia tidak dapat menahan kesedihannya itu.

"Mana-mana wanita yang mengimpikan alam perkahwinan juga tidak ingin perkara sebegitu berlaku.

"Saya tahu dia (Fazura) kuat. Tapi apabila dia menelefon saya dan menangis, saya katakan kepadanya, menangislah sepuas-puasnya agar dia dapat kelegaan, jangan tert£kan dan pendam perasaan," katanya yang berkongsi keadaan terkini Fazura.

Dalam pada itu, ditanya mengenai Fattah sama ada dia pernah berkongsi hal rumah tangganya dengan Fazura, Iman berkata, pelakon itu ada berhubung dengannya kira-kira tiga bulan lalu.

"Fattah tidak pernah kongsi atau minta nasihat dari saya berkaitan rumah tangganya. Dia ada hubungi saya tapi tidak bercakap mengenai Fazura, sebaliknya minta nasihat berkaitan kerja.

"Selepas permohonan cerai dilakukan Fazura pun, Fattah tidak cuba hubungi saya dan kalau dia tanya mungkin saya boleh bantu," ujar Iman yang turut mengakui, dia juga berasa sedih dengan situasi yang dilalui pasangan selebriti terbabit.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: