26 September 2024
"KETIKA INI, KAMI MEMANG 'BEST FRIEND'..." - ZARINA ANJOULIE NAFI JALIN HUBUNGAN CINTA DENGAN PEMP£NGARUH
Baru-baru ini, pelakon Zarina Anjoulie atau mesra disapa Anju, 37, telah didakwa kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang pemp£ngaruh media sosial dan perkara itu hangat diperkatakan ramai ketika ini.
Bagaimanapun, Zarina atau nama penuhnya, Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul, tampil menafikan dakwaan terbabit dan menjelaskan, hubungannya dengan jejaka kacak yang dikenali sebagai Farigh itu hanya teman rapat sahaja.
"Sebenarnya, saya sus@h nak jawab mengenai perkara ini. Kami memang sudah lama mengenali antara satu sama lain dan apa yang saya boleh katakan ketika ini, kami memang 'best friend' (berkawan baik)," katanya.
Klik untuk gambar besar
Selain itu, Zarina turut menafikan dakwaan dia melakukan pemb£dahan bari@trik selepas tubuhnya yang nampak langsing, sebaliknya mengamalkan diet dan senaman di gimnasium.
"Saya kurus bukan sebab bari@trik sebaliknya banyak menghabiskan masa buat senaman. Maklumlah, 'teman rapat' saya seorang 'kaki gimnasium' dan saya pun terikut sekali dengan aktiviti dilakukannya," ujarnya.
Sebelum ini, kemesraan Zarina dan seorang jejaka kacak telah menarik perhatian netizen di media sosial, lebih-lebih lagi pelakon itu memuat naik gambar 'mesra' mereka berdua berjalan berpegangan tangan ketika menghadiri pelbagai acara di media sosial miliknya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment