12 September 2024

"SAYA TAK ANGGAP (PERCERAIAN SYAMSUL & IRA KAZAR) ITU SATU KEMENANGAN..." - PUTERI SARAH MINTA JANGAN KAITKAN DIRI LAGI



"Saya tak faham kenapa saya selalu dicari setiap kali ada isu tentang mereka (Syamsul Yusof dan Ira Kazar). Berbadan dua cari saya, bercerai cari saya.
"Mereka punya mas@lah, saya kena temu bual, Datuk Yusuf Haslam kena temu bual, Datin Patimah pun kena temu bual. Kalau boleh saya nak 'enjoy' sahaja. Jangan kaitkan saya. Kasihan saya."

Itulah ujar pelakon Puteri Sarah dimana dia meminta agar tidak dikaitkan lagi dalam isu berkaitan bekas suaminya, pengarah dan pelakon Syamsul Yusof.

Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, mengulas mengenai komen netizen yang menganggap dia 'menang' selepas perceraian Syamsul dengan bekas isteri, Ira Kazar baru-baru ini, Puteri Sarah berkata, itu adalah takdir dan bukan tempatnya untuk berkata apa-apa.

"Saya tidak anggap apa yang berlaku dalam perkahwinan Syamsul dan bekas isterinya adalah satu kemenangan untuk saya. Ini semua adalah takdir. Saya tidak pernah anggap ini satu kemenangan. Itu hanyalah tanggapan netizen.
"Saya sudah tidak ada kena mengena lagi dalam cerita ini. Saya dah lama 'move on'. Jadi saya kalau boleh tidak mahu komen sangat tentang perkara yang melib@tkan mereka yang sudah tiada mengena dengan saya lagi.

"Itu hal mereka dan saya pun dah ada hidup baharu dan bab mereka pun dah habis," tutur ibu kepada dua cahaya mata itu yang kini menyertai program Muzikal Lawak Superstar musim keempat (MLS4) dan menganggotai kumpulan Gebu bersama dua pelawak iaitu Mamak Puteh dan Ilham Abata.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: