13 September 2024
"SAYA TIDAK TERFIKIR INGIN KEMBALI PADA SYAMSUL" - PUTERI SARAH TUMPANG GEMBIRA SYAMSUL YUSOF PULANG KE PANGKUAN KELUARGA
"Biarpun saya sudah tidak ada apa-apa hubungan dengan Syamsul, saya tumpang gembira apabila dia akhirnya pulang ke rumah untuk berjumpa dengan Papa (Datuk) dan Mama (Datin). Apatah lagi, mereka sudah bertahun tak jumpa dengan Syamsul.
"Sebenarnya, Syamsul sendiri yang nak jumpa mereka. Cuma saya sampai lambat sebab ada acara pada petang itu. Saya pulang ke rumah dahulu ambil anak-anak dan bawa sekali jumpa datuk dan nenek mereka sebelum kami ke Vietnam untuk bercuti.
Klik untuk gambar besar
"Apa pun, semuanya sudah selesai," itulah kata pelakon Puteri Sarah yang meluahkan rasa syukur serta tumpang gembira apabila bekas suaminya, Syamsul Yusof pulang ke rumah kedua ibu bapanya, baru-baru ini.
Selain itu, Puteri Sarah turut menjelaskan, kehadirannya dalam pertemuan tersebut tiada maksud lain seperti yang didakwa netizen yang membuat andaian pelakon itu akan kembali kepada Syamsul, sebaliknya dia sudah ada kehidupan sendiri.
"Ingin dijelaskan, sehingga detik ini saya tidak terfikir ingin kembali pada Syamsul. Saya sudah ada kehidupan sendiri dan bahagia dengan pilihan sebegini.
"Sekarang ini, saya mahu tenang-tenang saja di samping membesarkan anak-anak dan fokus pada kerjaya," ujar ibu kepada dua cahaya mata.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment