29 September 2024

SEKADAR LUAHKAN RASA SEDIH - ABBY ABADI AKUI TIDAK BERNIAT UNTUK 'MENUNGG4NG' ISU RUMAH TANGGA



"Demi Allah tak ada (niat menungg@ng isu rumah tangga). Saya memang rasa sedih untuk mereka. Saya tak tahu kenapa. Saya kenal Fattah dan pernah berjumpa dengan Fazura. Tapi, saya sedih dan rasa mereka tak patut cerai."
Itulah jelas pelakon Abby Abadi yang tidak berniat untuk 'menungg@ng' isu rumah tangga pasangan pelakon, Nur Fazura dan Fattah Amin.

Kata Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan, 47, dia sekadar meluahkan rasa sedih atas apa yang berlaku dalam rumah tangga pasangan pelakon popular itu.

Dalam pada itu, Abby berharap agar segala mas@lah dan dug@an dalam rumah tangga pasangan itu dapat diperbaiki.

"Saya rasa ramai orang Malaysia berpendapat sama seperti saya. Saya rasa mereka sangat cantik berdua dan apa yang berlaku, tak patut.

"Kalau boleh diperbaiki dan dipertahankan. Itu saja saya cakap. Saya tak adalah nak masuk campur. Cuma, saya beri pendapat saya," ujarnya.

Terdahulu, pada 13 September lalu, Fazura memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Menerusi sebutan k£s permohonan perceraian yang berlangsung pada Rabu, mahkamah meminta pasangan selebriti itu menyelesaikan k0nflik rumah tangga mereka di luar mahkamah sebelum tarikh sebutan semula pada 7 Oktober depan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: