"Ya, betul Baim ada failkan perceraian," demikian jelas peguam yang mewakili pelakon Indonesia, Baim Wong, yang tampil mengesahkan, selain memaklumkan bahawa permohonan perceraian tersebut telah dibuat di Pengadilan Agama (PA) Jakarta Selatan, pada Isnin.
Desas-desus ker£takan rumah tangga Baim atau nama sebenarnya, Muhammad Ibrahim bin Johnny Djaelani, 43, akhirnya terjawab apabila dia memfailkan cerai terhadap isterinya, Paula Verhoeven, semalam.
"Betul ya," tutur Baim dimana dia enggan mengulas lebih lanjut berhubung perkara tersebut, sebaliknya menyerahkan segalanya kepada peguam.
Dalam pada itu, menurut wakil Pengadilan Agama (PA), bapa kepada dua cahaya mata itu turut meminta hak asuhan anak.
Klik untuk gambar besar
Difahamkan, berita perceraian itu diperolehi melalui hasil semakan di sistem Informasi Penelusiran Perkara (SIPP) PA Jaksel.
Tetapi kini, maklumat tersebut sudah tiada lagi di laman resmi SIPP PA Jakarta Selatan.
Sebelum ini, kem£lut rumah tangga Baim dan isteri menjadi topik hangat netizen apabila melihat Paula menunaikan ibadah umrah bersendirian tanpa kehadiran suami.
Bukan itu sahaja, malah mereka masing-masing tidak lagi berkongsi foto bersama di media sosial, selain tidak hadir ke majlis keramaian bersama.
Namun Baim dan Paula hanya mengunci mulut dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung khabar angin tersebut.
Lebih menguatkan andaian apabila Baim mengakui sudah jarang pulang ke rumah dan sering tidur di pejabat.
Untuk makluman, Baim dan Paula telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2018 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Kiano, 3, dan Kenzo yang baru berusia dua tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment