18 October 2024

AL4MI EKZ£MA & AL£RGI PROTEIN SUSU - ANAK PEREMPUAN ZAHIRAH MACWILSON KINI SEMAKIN PULIH, KEMBALI DIBERI SUSU BADAN



"Alhamdullilah Inara semakin baik, kami discaj semalam. Terima kasih semua atas doa, nasihat dan kata-kata baik anda ❤️

"Saya akan berhenti seketika mencuba susu formula dan fokus semula pada perjalanan penyusuan saya untuk kesihatan bayi perempuan saya kerana dia mengalami masalah ekzema ringan dan CMPA.

"Cuba tingkatkan bekalan saya dengan mengepam, minum banyak air, makan, rehat dan perkara boleh membantu (menambah susu badan)."

"Jika sesiapa pun melalui cab@ran sama, anda tidak bersendirian sebab ia tidak mudah!

"Sebarang cadangan tentang cara untuk meningkatkan (susu badan), saya ingin dengar dan berkongsi dengan anda semua.

Klik untuk gambar besar

"Bagi ibu bapa yang juga mempunyai bayi CMPA, dapatkan nasihat daripada paed/docs anda tentang formula yang perlu digunakan. Pilihan lain termasuk; berasaskan soya, berasaskan beras & berasaskan asid amino.

"Sendings hugs ❤️," Itulah tulis pelakon Zahirah Macwilson, 29, menerusi hantaran di Instagram miliknya dimana dia memaklumkan anak perempuan, Inara Raisa telah dimasukkan ke sebuah hospital sejak beberapa hari lalu selepas disahkan mengalami ekzema dan alergi terhadap protein susu lembu (CMPA).
Dalam perkongsian itu, Zahirah berkata, disebabkan keadaan Inara itu, dia berhenti memberi susu formula kepada anaknya bagi mengelakkan masalah sama berulang, sebaliknya akan kembali memberi susu badan.

Tambah Zahirah, doktor memberi saranan untuk mencuba susu berasaskan soya sebagai pengganti dan sekiranya perkara sama berlaku, barulah doktor menyadankan Inara diberi susu daripada protein kambing.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: