26 October 2024

"ASALKAN SAYA CARI REZEKI YANG HALAL... KENA JUAL KAMBING, LEMBU ATAU AYAM, TAK MENGAPA" - FATTAH AMIN



"Sekarang ini saya pergi mana-mana, semua orang panggil saya tokey (tauke) kambing. Mereka siap tanya malam ni saya tak jual kambing ke (di TikT0k)?
"Mereka puji saya jual kambing laku. Saya pergi mana-mana, orang ingat saya kini jual kambing perap sepenuh masa.

"Tapi saya tak kisah. Asalkan saya cari rezeki yang halal. Tak kisah apa orang fikir. Kena jual kambing, lembu atau ayam, tak mengapa. Yang penting saya cari rezeki."

Itulah ujar pelakon Fattah Amin dimana dia berkata, sekarang ini ke mana saja dia pergi orang akan memanggilnya tauke kambing dan memuji jualannya mendapat sambutan.

Berhubung itu, Fattah tak kisah dengan tanggapan segelintir netizen yang mengelar dia tauke kambing apabila dia menjual kambing perap.

Kata bapa kepada seorang cahaya mata itu, asalkan dia mencari rezeki yang halal, tidak kira sama ada menjual daging, kambing atau ayam.

Malam tadi, Fattah sekali lagi menc£tuskan fenomena apabila sekali lagi muncul dalam siaran langsung di TikT0k kambing perap, Pak Mat Western.

Sesi live tersebut mendapat lebih 100,000 jumlah tontonan dan 44 juta tanda suka. Malah, satu lagi rekod tercipta apabila semua kambing 'sold out' dalam masa 2 jam sahaja.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: