"Sebenarnya, kami sudah berbincang mengenai soal kewarganegaraan anak sebelum berkahwin lagi. Saya dan ahli keluarga juga tidak ada mas@lah untuk anak kami menjadi warga di sini kerana Malaysia dan Singapura tidak jauh beza dan hanya bersebelahan saja."
Demikian ujar pelakon Datin Atikah Suhaime, 33, dimana dia merancang untuk melahirkan anak sulungnya di Kuala Lumpur dan bukannya Singapura, begitu juga suaminya, Datuk Lokman Teh, 34, yang mahukan dia bersalin di sini kerana mahu anak mereka menjadi warga Malaysia.
Berhubung itu, pelakon yang berasal dari Singapura yang kini hamil lima bulan itu berkata, dia bersetuju dengan kemahuan suaminya itu kerana segala urusan perniagaan suami dan keluarga mentuanya juga di Kuala Lumpur.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Atikah turut menjelaskan, dia tidak bercadang untuk memohon taraf kerakyatan di sini kerana katanya, jika menjadi rakyat Malaysia, dia perlu memohon visa jika mahu ke Amerika Syarikat sedangkan dia tidak perlu berbuat demikian dengan pasport Singapura.
"Saya masih warga Singapura dan ulang alik ke Kuala Lumpur dengan menggunakan 'spouse visa' (visa pasangan) saja. Saya tidak mahu menukar kerakyatan kerana ia memudahkan urusan untuk saya 'travel' (melancong) ke luar negara termasuk ke Amerika Syarikat (AS)," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment