25 October 2024

HAIRUL AZREEN BERSARA JADI PELAKON, KINI TERPILIH SERTAI SELANGOR RED GIANTS ESPORTS



"Alhamdulillah selepas saya berhenti belakon, now saya dipilih untuk menjadi pro player team gergasi Merah Kuning Selangor Red Giants Esports.
"Saya sebagai pemain lorong tengah, simpanan. Saya akan lakukan yang terbaik. Jumpa pada Februari 2025 nanti."

Itulah kata pelakon Hairul Azreen dimana dia kini dipilih menjadi pemain profesional sukan atas talian pasukan Selangor Red Giants Esports, selepas mengumumkan bersara dari dunia lakonan.

Menerusi perkongsian di TikT0k, suami kepada pelakon Hanis Zulaikha itu meluahkan rasa syukur kerana diberi kepercayaan untuk menyertai pasukan, selain berkata, dia akan melakukan yang terbaik.

Perkongsian Hairul itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut teruja dengan khabar gembira itu serta turut memberikan sokongan penuh terhadap bapa dua cahaya mata itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: