25 October 2024

WANG RM10,000 YANG HILANG - AZLAN KOMENG & ISTERI REDA, HALALKAN



"Sebenarnya, kami sedia maklum yang kami takkan dapat duit itu balik. Jadi, selepas difikirkan semua perkara, kami berbincang dan berfikir, tak mengapalah, demi Allah demi Rasul, akak dan abang halalkan duit itu dunia akhirat.
"Kami halalkan supaya jalan kami mudah, urusan kami mudah dunia akhirat, Allah mudahkan dan lapangkan rezeki kami. Kami pun tak nak berfikir-fikir benda-benda begini lagi sebab kalau rezeki, tetap rezeki dan kalau bukan rezeki, kat dalam mulut pun boleh terkeluar.

"Tak apa, Insya-Allah, untuk awak yang ambil duit akak, demi Allah dan demi rasul akak dan abang halalkan supaya benda ini menjadi asbab untuk awak berubah. Insya-Allah kita doakan."

Demikian tutur isteri pelakon Azlan Komeng isterinya, Nur Nilam Ortiz, dimana dia dan suaminya itu reda dan menghalalkan wang sebanyak RM10,000 milik mereka sekiranya ia diambil oleh mana-mana individu kerana yakin rezeki mereka adalah daripada Allah.

Wang hasil berniaga itu hilang bersama beg pada hari mereka terbabit dalam kemal@ngan jalan raya di Kuala Lipis, Pahang, 12 Oktober lalu.

Jelas Nur Nilam menerusi video dimuat naik di TikT0k, sehingga sekarang mereka masih belum menerima panggilan atau mesej daripada sesiapa yang mahu memulangkan wang itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: