25 October 2024
ANAK MARYAM & RYZAL, RINA SAMBUT HARI LAHIR KE-3 - TIADA 'BIRTHDAY PARTY', HANYA KEK TANPA LILIN
"Suatu hari, kamu datang kepada kami seperti hadiah dari Tuhan... Kamu yang begitu kecil dan berharga... kamu dengan senyuman kecil dan gerak-geri kecilmu sudah terlalu membahagiakan.. Entah bila kamu dah sebesar ini... Melihatmu membesar sangat menakjubkan, dan aku bahagia dengan setiap perkembanganmu.
"Namun ketika berdepan masalah dan kepay@han hidup, kami berikan perhatian lebih kepada mas@lah itu sehingga mengabaikan saat indah bersamamu.. dan kami tidak menyedarinya.. Walaupun begitu, terima kasih kerana kamu telah membesar menjadi anak yang baik dan cantik.
"Mulai sekarang, kami akan usaha menghargai setiap saat bersamamu. Terima kasih sudah menjadi puteri Mama dan Papa. Kami sayang kamu, anak kecil kami. Happy 3rd birthday my baby🎂❤️"
Klik untuk gambar besar
Itulah tulis personaliti media sosial yang popular menerusi saluran DurianKimchi dan juga pelakon, Maryam You Narae sempena hari lahir ke-3 anak perempuannya, Nik Rina You Narae pada 20 Oktober lalu.
"Tiada birthday party, Ryzal bawa kek tanpa lilin namun Rina tetap happy," tulis Maryam yang berkahwin dengan Ryzal Ibrahim atau nama penuhnya, Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim pada 15 Ogos 2019 di Masjid Itaewon, Seoul, Korea Selatan yang hanya dihadiri keluarga terdekat mereka.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment