12 October 2024

BIMBANGKAN KEBERKATAN REZEKI - NOKI K-CLIQUE CUBA ELAK BAWA WATAK ROMANTIK & PERCINTAAN



"Kalau boleh saya cuba elak bawa watak romantik dan percintaan kerana biasanya watak ini membabitkan adegan bersentuhan. Saya tak mahu bawakan watak seperti ini lagi kerana saya risaukan keberkatan sumber rezeki diperoleh.
"Cari duit dengan hasil lakonan, tetapi ketepikan soal halal haram dan saling bersentuhan, jadi saya khuatir keberkatan rezeki."

Itulah ujar anggota kumpulan hip hop, K-Clique yang kini bergelar pelakon, Noki dimana dia kini lebih berhati-hati memilih naskhah kerana bimbangkan keberkatan rezeki daripada sumber lakonan.

Klik untuk gambar besar
Pulang menunaikan umrah pada Februari lalu, Noki berkata, dia tidak bimbang keputusannya kurang disenangi kerana lebih percaya kepada rezeki.

Jelasnya lagi, keputusan berubah dibuat lapan bulan sebelum menunaikan umrah, selain tidak bimbang keputusannya kurang disenangi kerana lebih percaya kepada rezeki.
"Saya tak kisah kalau ada produksi takut panggil saya disebabkan syarat ditetapkan kerana saya percaya rezeki daripada Allah.

"Alhamdulillah, setakat ini, rezeki dalam lakonan sentiasa ada, sekarang saya sedang menjalani dua penggambaran serentak iaitu drama untuk platform VIU dan filem arahan Syafiq Yusof," tuturnya

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: