Adik ipar kepada pelakon Fattah Amin iaitu Wan Aslam Zakaria telah memuat naik p0sting di Facebook dan ia telah meraih perhatian apabila ramai netizen 'berkampung' dalam ruangan komen dan mendoakan bekas suami pelakon dan usahawan Nur Fazura itu.
" 'Bodyguard' Along (Fattah Amin), cukuplah bawa ibu dan ayah tercinta," tulis Wan Aslam yang turut mendoakan agar urusan abang iparnya itu dipermudahkan dan terus kekal tenang.
"Kekal tenang dan senyum. Insya-Allah, Allah permudahkan," tuturnya yang berkahwin dengan adik Fattah seminggu selepas Fattah dan Fazura bernikah pada 2017.
Dalam satu hantaran lain, Wan Aslam turut menulis nasihat ringkas mengenai rumah tangga agar mengikut jalur agama.
"Ikutilah jalan Islam, maka kita akan selamat. Dan sebesar mana pun uj1an kita, Allah akan tunjukkan jalannya jika kita ikuti jalan Islam, iman dan ihsan.
"Nasihat buat diri saya sekeluarga juga. Semoga Allah kurniakan buat sekalian keluarga kami Sakinah, Mawaddah dan Rahmah. Dizahirkan hikmah ketentuan yang ditetapkan Allah," katanya.
Semalam, Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling selepas tujuh tahun berumah tangga.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment