Penyanyi rap, Bunga Isme tampil mendedahkan dia sudah pun mendirikan rumah tangga dengan komposer dan penulis lirik, Amzar Sabri sejak setahun lalu, namun enggan memberitahu butiran majlis pernikahannya.
Bunga atau nama sebenarnya, Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari, berkata, dia akhirnya membuka mulut berhubung statusnya itu bagi mengelakkan sal@h faham, selepas sekian lama berdiam diri.
Dalam pada itu, Bunga menjelaskan, keputusan merahsiakan status dirinya selama ini dibuat atas perbincangan bersama ahli keluarga bagi menjaga privasi.
Klik untuk gambar besar
"Majlis pernikahan sudah berlangsung pada tahun lalu selepas saya menamatkan pengajian. Majlis itu dibuat secara tertutup yang hanya dihadiri oleh kedua-dua belah keluarga.
"Rezeki (berkahwin) datang lebih awal. Saya pun tak pernah menjangkakannya. Namun, saya juga menghormati keputusan keluarga daripada kedua-dua belah pihak yang meminta untuk tidak terlalu menghebahkan mengenai perkahwinan ini.
"Lagipun kami mahu hubungan ini lebih tenang supaya kami dapat menjalani kehidupan seterusnya. Sebenarnya saya pernah memuat naik gambar bersama untuk maklumkan kepada orang ramai secara tidak langsung," jelasnya,
Pada April lalu, status hubungan Bunga menjadi tanda tanya peminat apabila dilihat mengenakan pakaian sedondon dan meraikan Syawal bersama suaminya itu.
Bagaimanapun, Bunga enggan mengulas lanjut berkenaan hal demikian dan berkata, dia akan berkongsi mengenai perkara itu dalam masa terdekat.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment