"Selama masa pernikahan sebagai isteri, saya sangat faham banyak kekurangan. Namun, dalam kesempatan ini saya ingin menegaskan bahawa berita perselingkuhan (curang) itu, tidak benar.
"Saya percaya, Allah maha mengetahui semua apa yang saya lakukan dan tidak saya lakukan, kerana semua perbuatan saya di dunia ini harus dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.
"Saat ini bukanlah tahap yang mudah untuk kami, saya dan anak-anak. Oleh kerana itu, saya mohon doanya," ujar isteri Baim Wong iaitu pelakon Paula Verhoeven, 37, yang menahan sebak sambil mengesat air matanya yang menitis.
Selepas lama berdiam diri, Paula menerusi hantaran video yang dimuatnaik di akaun Instagram (IG) miliknya tampil mempertahankan diri dimana dia menafikan dengan t£gas terhadap dakwaan curang yang didedahkan suaminya, beberapa minggu lalu.
Klik untuk gambar besar
Dalam hantaran tersebut, Paula yang bernikah dengan Baim pada November 2018 itu kelihatan sedih dan kesal, selain turut memohon maaf kepada anak-anaknya, Kiano Tiger Wong, 3, dan Kenzo Eldrago Wong, 2, dengan apa yang berlaku dalam keluarga mereka.
Paula yang mengakui kasih sayangnya tidak akan pernah berkurang terhadap kedua permata hatinya itu juga berharap semoga Allah melancarkan segala urusan mereka, termasuk memberi kemudahan dan menjaga kita semua di atas segala doa yang dimohonkan.
Sebelum ini, Baim menerusi sidang media dibuatnya mendedahkan punca dia mahu menceraikan Paula dimana dakwanya wanita itu sudah berlaku curang dengan salah seorang teman baiknya.
Baim memfailkan perceraian terhadap isterinya itu di Pengadilan Agama Jakarta Selatan, Indonesia pada 7 Oktober lalu, selepas enam tahun hidup bersama.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment