22 October 2024

DAPAT HAK PENJAGAAN ANAK SEPENUHNYA - PERKONGSIAN SHAKILLA KHORIRI ISU PER£BUTAN ANAK TARIK PERHATIAN



"Kalau nak diikutkan daripada awal lagi, memang saya bagitahu kita bagi dekat mak dia. Saya nak hak bermalam dan melawat. Saya akan ambil setiap dua minggu sekali dari Jumaat sampai Isnin. Apabila selesai k£s hadanah ini saya sangat lega.

"Apa sahaja tind@k t@nduk kami semua termaktub dalam beberapa syarat. Dalam tu kami letak beberapa syarat yang perlu dipatuhi. Sekiranya tak patuhi, kami kena bagitahu dekat orang yang ada dalam syarat tu. Kalau tak, boleh kena denda."

Itulah ujar penyampai radio Fizi Ali yang memberitahu bahawa bekas isterinya iaitu pelakon Shakilla Khoriri telah mendapat hak penjagaan sepenuhnya anak perempuan mereka iaitu Ameena Sofia.

"Tidak la sekejap sini sekejap sana. Keputusan ini membuatkan semua urusan lebih mudah. Ameena faham apa yang terjadi dan dia tahu mak dan bapa dia dah berpisah.

"Sebenarnya dia patut gembira sebab ada dua keluarga untuk bagi dia tak rasa down. Dia ada dua mama dan dua daddy. Sal@h satu cara untuk bagi dia rasa gembira," kata Fizi yang menjawab mengenai harapan untuk Ameena berdasarkan keputusan k£s hadanah semalam.

Sementara itu, Shakilla terbuka menyelesaikan isu penjagaan anak tunggal dengan bekas suaminya di luar mahkamah, dimana dia sepakat menjaga satu-satunya permata hati bersama.

Klik untuk gambar besar

Jelas Shakilla atau nama sebenarnya, Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 35, individu yang terlibat perlu bersihkan hati daripada sebarang perasaan neg@tif yang boleh memberi k£san buruk terhadap perkembangan anak.

"Per£butan tidak menjanjikan bahagia anak. Dend@m peribadi tidak ada kena-mengena dengan anak. Biar hari ini orang menunding jari dengan cerita tidak benar dan sulit untuk 'dijaja' pada seluruh manusia tetapi seorang tidak akan tidur bila hak anak mereka diramp@s orang tidak sepatutnya.

"Tak akan tenang jika hak dan segalanya tentang masa depan anak dipandang sebelah mata dari sal@h seorang ibu bapa yang mengaku anak segalanya.

"Penceraian kian men@kutkan masa sekarang ini. Henti tuding jari dan bebaskan hati yang ters@kiti atau dis@kiti dengan berlapang dada untuk setiap perjalanan yang Allah aturkan pada kita semua.

"Penceraian bukan titik noktah untuk anak-anak mengejar bahagia dan impian mereka. Malah jika kena pada kerjasama ibu dan bapa Insya-Allah, anak-anak ini lebih bahagia berbanding anak-anak yang ibu bapa masih bersama tapi jauh dari hati masing-masing," kata pelakon drama 'Bukan Khadijah' itu dalam Instagram.
Dalam pada itu, Shakilla turut menaruh harapan agar mereka dapat menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa terbaik buat puteri mereka, Ameena Sofia yang baru berusia lima tahun itu.

"Berlapang dada menerima apa sahaja keputusan cuma aku tak pernah putus asa dengan kebenaran yang aku simpan. Pertahankan hak Ameena supaya Ameena tidak akan rasa berat sebelah dari Umi (panggilan Shakilla) atau daddy (panggilan Fizi) dia. Aku pikul tanggungjawab kerana Allah. Ameena harta tak ternilai.

"Perjalanan dan masa depan Ameena tanggungjawab aku dan daddy dia tapi terpulang pada diri masing-masing untuk melunaskan," ujarnya.sebagai ibu tentu sahaja dia sentiasa mendahulukan Ameena, bahkan berjanji akan terus menunaikan amanah membesarkan si kecil dengan sebaik mungkin.

Semalam Fizi memaklumkan k£s hadanah membabitkan anak mereka sudah selesai apabila dia dan Shakilla mencapai kata sepakat bersama beberapa syarat yang perlu dipenuhi.

Untuk makluman, Shakilla mendirikan rumah tangga dengan Fizi atau nama sebenarnya, Mohd. Hafizudin Alimudin, 35, pada 18 Januari 2018, namun mengumumkan perceraian pada Disember 2021.

Isu hak penjagaan anak tunggal mereka itu sudah berlanjutan hampir setahun selepas Fizi memfailkan tuntutan hadanah pada 15 Disember tahun lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: