11 October 2024
DEDAH BELANJA RM300,000 SEBULAN - CIK B BUAT NETIZEN TERGAMAM
"Tak riak la, dalam RM300,000. Dulu minta kebenaran mama tapi sekarang tak," dedah anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida yang juga pempengaruh media sosial, Cik B, 19, dimana dia mendedahkan perbelanjaannya setiap bulan mencecah RM300,000.
Cik B yang membuat pendedahan itu menerusi temu bual yang dikongsikan penyampai radio Radin, berkata, dia kini boleh berbelanja tanpa meminta izin ibunya.
Dalam pada itu, Cik B turut mendedahkan kebanyakan pakaian dan aksesori yang digayakannya dibeli diluar negara dan outfit yang dipakai ketika temu bual itu dianggarkan benilai sekitar lebih RM100,000.
Klik untuk gambar besar
"Cermin mata hitam saya beli di Milan, Itali dalam harga RM5,000 lebih. Cincin satu set dalam RM2,000. Jam ini saya selalu pakai sebab sepadan dengan baju, dari brand Omega dan harganya RM90,000.
"Baju ini biasa sahaja harganya RM900 manakala baju di bahagian dalam pula dari jenama Al Hilal dalam harga RM600. Seluar pula kawan saya yang buatkan dan berharga RM900.
"Kasut Balenciaga RM7,000. Beg pula dari jenama Louis Vuitton berharga RM12,000 dan dompet saya RM1,000 lebih," jelasnya.
Perkongsian Cik B itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan pempengaruh itu tidak dilihat riak ketika mendedahkan harga-harga pakaian digayakan mencecah ratusan ribu ringgit.
Bukan itu sahaja, malah Cik B turut mendedahkan harga jam tangan yang dipakainya iaitu berharga RM90,000 dan pendedahan itu membuatkan ramai yang tergamam.
Selain itu, ada juga yang mengatakan belanja bulanan Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, boleh beli rumah teres setiap bulan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment