24 October 2024

DIDAKWA BAKAL NIKAH 8 NOVEMBER INI - 'MOHD K' CALON SUAMI INA NAIM?



"Alhamdulillah, melihat pada kad undangan yang tersebar ini, nama lelaki terbabit sudah jelas bukan saya. Syukur, semua teka-teki nama calon suami Ina adalah Mohd K dan bukan Isman.
"Sebenarnya apabila nama saya disebut-sebut itu, saya ada hubungi Ina dan bertanya padanya. Memang dia mengaku dengan saya akan berkahwin pada awal November depan, tapi tarikhnya tidak dimaklumkan.

"Ina juga beritahu saya, calon suaminya pada kalangan orang biasa saja dan bukan artis. Itu saja yang saya diberitahu oleh Ina mengenainya."

Demikian kata anggota Hijjaz iaitu Isman Nadim Isam yang akui sudah melihat kad undangan perkahwinan penyanyi yang juga balu Allahyarham Suhaimi Saad iaitu Ina Naim, 40.

Ujar Isman, dia rasa lega kerana memang bukan dirinya dan langsung tiada kena-mengena dengan perancangan perkahwinan terbabit.

Sebelum ini, nama Isman disebut-sebut sebagai calon suami baharu Ina dan dinafikan lelaki itu kerana dia sama sekali tidak mengetahui perancangan perkahwinan berkenaan.

Klik untuk gambar besar
Terkini, Ina atau nama sebenarnya, Nordiana Md Naim didakwa bakal bernikah dengan lelaki pilihannya yang dikenali sebagai Mohd K pada 8 November depan

Kisah perkahwinan kali kedua Ina ini sudah hangat diperkatakan ramai di media sosial sejak beberapa minggu lalu, namun ia dinafikan oleh ibu tunggal empat cahaya mata itu.

Dalam pada itu, menurut Isman, sekiranya memang betul Ina akan berkahwin dan naik pelamin tidak lama lagi, dia mendoakan balu sahabatnya itu serta anak-anak akan menjalani kehidupan yang gembira dan bahagia di dunia hingga akhirat.

Terdahulu, kad undangan perkahwinan Ina yang tersebar itu tertera nama ibu bapa bakal pengantin perempuan iaitu Mohd Naim Samijan dan isteri, Norini Masuh.

Dituliskan juga majlis pernikahan itu akan berlangsung pada tarikh 8 November di lokasi Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor iaitu kampung halaman Ina dan keluarga. Namun, nama penuh pengantin lelaki itu ditutup.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: