"Kami sedar tidak semua hubungan berjalan seperti yang dirancang. Namun, itu tidak bermakna kami harus bermusuh. Kami masih berhubung dan berkongsi pandangan mengenai perkara-perkara tertentu. Hubungan kami sekarang lebih kepada rakan."
Itulah jelas bekas isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar dimana dia mendedahkan hubungan antara mereka berdua berada dalam keadaan baik walaupun sudah berpisah.
Walaupun rumah tangga tidak bertahan lama, namun kata Ira atau nama sebenarnya, Faghirah Fatini Kazaruddin, mereka masing-masing tidak menyimpan dendam.
Menurutnya lagi, keputusan untuk tidak bermusvhan adalah jalan terbaik buat mereka, terutamanya dalam memastikan kesihatan mental dan emosi masing-masing.
Klik untuk gambar besar
"Kami berdua layak untuk kebahagiaan masing-masing. Saya dan Syamsul nak lalui kehidupan dengan tenang. Orang luar tidak akan memahami sepenuhnya apa yang berlaku, jadi lebih baik kita fokus kepada apa yang penting dalam hidup kami," ujarnya.
Sementara itu, Ira memberitahu, dia kini sibuk memberi fokus kepada karier seni termasuk single duet bersama Alan D berjudul 'Tak Kisah'.
"Saya mahu teruskan hidup dan fokus kepada kerjaya. Banyak perkara positif yang saya nantikan. Apa yang penting, kita semua belajar daripada pengalaman dan terus bergerak ke depan.
"Saya doakan yang terbaik untuk Syamsul, dan saya pasti dia juga mendoakan yang sama untuk saya," tutur anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi itu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment