09 October 2024

ISU SOROK KEHAMILAN & KELAHIRAN ANAK KETIGA - INI JELAS FATIN AFEEFA



"Kenapa ambil masa lama untuk umum sudah bersalin? Sebab saya tidak mahu orang luar menilai bagaimana saya dan suami membesarkan anak.
"Saya mahu menjalani kehidupan sebagai ibu dengan tenang. Sangat tenang apabila semua orang tidak tahu saya hamil dan beranak.

"Selama saya rahsiakan, tiada orang yang beri saya nasihat yang tidak patut. Untuk elak fitn@h dan tohm@han, saya dan suami bersetuju untuk tidak dedahkan terlebih dahulu fasal anak.

Klik untuk gambar besar
"Tidak semua netizen, tetapi segelintir yang suka komen neg@tif," demikian jelas pelakon Fatin Afeefa dimana dia memberitahu sebab kenapa dia bertindak merahsiakan kehamilan dan kelahiran anak ketiga.

Kata Fatin, dia mahu menjaga privasi serta mahu menjalani kehidupan sebagai ibu dengan tenang.
Baru-baru ini, ramai yang terk£jut dengan berita Fatin yang sudah tujuh bulan melahirkan cahaya mata hasil perkahwinannya dengan pemp£ngaruh, Aliff Awang atau lebih mesra disapa Opai.

Selain itu, ujar Fatin lagi, ianya adalah pengalaman pertama Aliff mempunyai anak kecil dan dalam masa sama, suaminya mahu pengalaman membesarkan anak seperti bapa normal di luar sana.
"Untuk suami saya sendiri, dia pertama kali ada anak kerana sebelum ini dua anak saya sudah besar. Jadi untuk pengalaman urusan bayi, pertama kali buat Opai. Dia juga mahu menjalani kehidupan sebagai bapa secara normal," tuturnya.

Pada Ahad lalu, Fatin berkongsikan wajah anak ketiganya diberi nama Muhammad Jibril yang kini sudah berusia 7 bulan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: