"Saya belum berkahwin lagi dan gambar sebelum ini sepupu yang kahwin jadi biasalah itu adat-adat perkahwinan diraja dan saya hanya jadi pembawa dulang waktu tu, tak kan pengantin bawa dulang sendiri kan. Terima kasih atas doa semua orang dan saya tahu semua orang nak tengok saya berumah tangga.
"Siapakah jejaka yang sangat istimewa dan sangat hebat tu, bukan kerana saya hebat, tak. Tetapi kalau jejaka tu memiliki saya, memang jejaka tu sangat hebat, sangat hebat melayan ker£nah sesump@h ni. Sebab saya ni boleh bertukar berwajah-wajah. Sebab yang ada ni pun lari, tinggal pula yang baru nak datang.
"Ya memang ada berkawan, dia bukan dalam kalangan orang industri seni, cukup itu saja yang lain minta doakan okay.
"Doakan jelah, doakan je mudahan-mudahan Allah ketemukan saya dalam keadaan yang baik, doakan. Tahun berapa tu saya tak tahu tapi saya mengharapkan doa semua orang.
Klik untuk gambar besar
"Jadi kita doakan. Apa-apa pun saya mahu lihat kejayaan anak-anak saya dulu," demikian ujar pengacara dan pelakon Raja Azura ketika ditanya mengenai jodoh, selain mengakui dia kini sedang mengenali hati budi seseorang dengan lebih rapat.
Dalam laporan mStar, Raja Azura atau nama penuhnya, Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, 53, turut menjelaskan lelaki itu bukanlah orang dalam industri.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment