"Kami sentiasa mencuba kerana sudah lama mengimpikan untuk menambah cahaya mata. Saya tak pernah putus berdoa. Jika tiada melintang kami bakal mengerjakan ibadah umrah tahun depan dan kami nak berdoa di depan Kaabah supaya dikurniakan rezeki anak segera."
Demikian tutur penyanyi dan komposer Cat Farish dimana dia dan isterinya yang juga kakak kepada pelakon Emma Maembong iaitu Shikin Maembong masih menanti untuk menimang cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama.
Dalam pada itu, Cat yang kini sibuk berniaga bersama isterinya ini berharap pemergian mereka ke Tanah Suci tahun depan akan menghadiahkan rezeki anak, selain hanya menyerahkan soal rezeki kepada Allah.
Klik untuk gambar besar
Sebelum ini, Cat pernah berkahwin dengan Suriani Hassan pada November 2020, namun bercerai Januari tahun lalu. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Cat juga pernah berkahwin dengan Hartiny Ramli tetapi berpisah pada April 2016 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nia Karlyssa, 15, Eva Latheefa, 13 dan Qul Iskandar, 12.
Sementara Shikin pula, dia pernah mendirikan rumah tangga dengan Chef Riz yang juga anak kepada Chef selebriti iaitu Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali Chef Wan pada 5 Disember 2014, sebelum bercerai pada Jun 2016.
Shikin yang dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Arianna hasil perkongsian hidup bersama Chef Riz itu difahamkan telah berkahwin buat kali kedua pada Mac 2020, namun berpisah selepas dua tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment