19 October 2024

"KEGUGURAN 13 KALI & ANAK SAYA EMPAT ORANG... MANA TAK SIHATNYA?" - FAZLEY YAAKOB NAFI DAKWAAN MAS4LAH KESIHATAN BATIN PUNCA CERAI



Semua sedia maklum mengenai penyanyi, pelakon dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob dimana baru-baru ini dia tampil mendedahkan rumah tangganya dengan isteri, Datin Azrene Soraya telah pun menemui titik noktah beberapa bulan lalu apabila mereka sah bercerai selepas 18 tahun hidup bersama.
Namun terkini, timbul dakwaan menerusi perkongsian di TikT0k dimana ia memaparkan rakaman suara Fazley bercerita mengenai perceraiannya berserta tajuk utama bertulis 'Alat sulit Datuk Fazley terkulai, punca isterinya minta cerai'.

Berhubung dakwaan itu, Fazley mengakui dirinya hanya mampu ketawa apabila muncul dakwaan yang mengatakan dirinya mempunyai mas@lah batin dan kelelakian sehingga menjadi punca dia bercerai dengan isterinya.

Klik untuk gambar besar
Kata Fazley, dia tidak tersinggung dengan dakwaan tersebut, sebaliknya menyifatkan ia sebagai tidak masuk akal.

"Azrene pernah keguguran 13 kali dan anak saya empat orang sekarang ni. Kenyataan itu kelakar sebenarnya. Semasa saya umumkan hari perceraian saya, ramai yang menghantar DM mengenai perkara ini.
"Tapi jujur saya katakan, ia langsung tidak membuatkan saya terasa hati, malah saya tergelak, sebab kelakar.

"Mungkin mereka tidak tahu saya telah lama dilantik sebagai duta klinik kesihatan lelaki, dan saya tetap dikurniakan empat orang anak. Mana tak sihatnya?" ujarnya.
Dalam pada itu, jelas Fazley, dia tidak berminat untuk mengambil tind@kan undang-undang buat peny£bar fitn@h kerana enggan memanjangkan isu rem£h seperti itu.

"Bagi saya, sam@n menyam@n ini dari dulu saya sudah buat, jadi biarlah. Saya maafkan mereka," kata Fazley.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: